Dalam konteks masyarakat berbilang kaum dimalaysia ,setiap kaum terutamanya kaum terbesar yaitu melayu, cina , india mempunyai sistem kepercayaan masing masing. Ada kalanya adat resam itu dikongsi bersama atau wujud persamaan .Keadaan ini membolehkan masyarakat Malaysia senang untuk bekerjasama dan memahami antara satu sama lain.
Apa itu sistem kepercayaan ?
kepercayaan dalam masyarakat melayu biasanya dikaitkan dengan agama iaitu kepercayaan kepada tuhan dan juga percaya kepada perkara perkara ghaib. Orang melayu adalah beragama islam . Begitu juga dengan masyarakat Cina dan India ,mereka juga mempunyai agama dan kepercayaan kepercayaan masing masing.
Kepercayaan kepada tuhan merupakan tunggak utama kepada perpaduannegara ini apabila ia diletakkan sebagai perkara utama rukun negara. Aspek ketuhanan atau kepercayaan kepada tuhan amat penting agar setiap manusia mempunyai pegangan dan memandu arah kehidupan yang lebih sempurna.
8.2.1- AGAMA ISLAM
Islam mengajarkan umat manusia mengenai tuhan, iaitu Allah yang yang esa dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah dan rasul yang terakhir . Manusia dijadikan dibumi ini adalah untuk menjadi khalifah Allah dan manusia perlu bertakwa dan beriman hanya kepada Allah dan tiada tuhan yang melainkan Allah .Kedatanga islam begitu mudah meresap kedalam jiwa masyarakt melayu memandangkan islam agama yang senang untuk difahami dan diperaktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat melayu seperti cara pemkaian , pergaulan , pemakanan hubungan antara manusia dengan yang lain.Pada masa ini , agama islam telah diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat malaysia dan ada segelintir masyarakat Cina dan India yang menganuti agama islam.
HARI PENTING DALAM AGAMA ISLAM
a)BULAN RAMADHAN
* bulan yang kesembilan dalam tahun hijrah yang menuntut umat islam supaya berpuasa selama sebulan.
pada bulan ramadhan umat islam dididik supaya menwal nafsu seperti tidak boleh minum atau makan
pada siang hari dan melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa . Puasa diwajibkan keatas
semua umat islam bagi tujuan mendidik jiwa manusia agar bersabar dan memahami kesusahan orang
lain. Ada satu malam pada bu;lan ramadhan yang dinamakan malam "lailatul qadr" yang mana semua
umat islam perlu merbut pahala atau ganjaran yang diberikan Allah pada malam tersebut.
b)BULAN SYAWAL
*bulan syawal disambut sempena meraikan kemenangan umat islam setelah sebulan berpuasa,
menahan nafsu makan dan minum serta perbuatan perbuatan membatalkan puasa yang lain.
Oleh itu kedatangan bulan syawal disambut dengan Hari Raya Aidilfitri . Pada hari raya tersebut , umat
islam akan menunaikan solat sunat hari raya . seterusnya saling ngunjung mengunjung sanak saudara
sambil bermaaf maafan.
c)MAAL HIJRAH
* Maal hijrah merupakan hari yang sangat bermakna dan penting untuk diingati oleh umat islam seluruh
dunia. Hari tersebut merupakan satu peristiwa penting yang tercatat dalam kalender islam dimana
Nabi Muhammad SAW telah berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622
Masihi.Hasil daripada itu umat islam digalakkan untuk berubah dari baik kepada yang lebih baik.
d)MAULIDUR RASUL
*maulidur rasul disambut oleh umat islam sedunia bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Baginda ialah nab yang terakhir yang diutus oleh Allah SWT . Sambutan maulidur rasul dipenuhi
dengan mengadakan ceramah agama, perarakan ,berselawat dan mengadakan majlis maulidur rasul
bagi memperingati Nabi Muhammad SAW.
e) HARI RAYA HAJI
* merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat islam pada 10 zulhijjah . Pada hari tersebut umat
islam melakukan solat Aidiladha dan diikuti dengan ibadah korban. Hari Raya Haji merupakan hari
yang terpenting untuk umat islam bagi memperingati kisah pengorbanan Nani Ibrahim dalam
menunaikan perintah Allah.
f) NUZUL AL-QURAN
*merupakan peristiwa turunnya ayat al-quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW . Ia
diturunkan secara berperingkat peringkat sehingga lengkap seperti mana al-quran yang dilihat pada
masa kini
8.2.2- AGAMA BUDDHA
Dari segi sejarah , agama buddha diasaskan oleh Sidartha Gautama. Beliau merupakan ketua raja dari India yang dikenali sebagai syakyamuni. Beliau telah mendapat idea untuk bertapa bagi mencari kebenaran . Hasil daripada pertapaan beliaulah lahirnya ajaran agama buddha.Ajaran buddha menekankan kepada beberapa kitaran hidupiaitu sila, renungan ,mencapai sambodhi ,terlepas dari pusingan kelahiran atau Nirvana dan hukum karma.walaubagaimanapun masyarakat cina lebih berpegang kepada ajaran ajaran Taoisme, Confucious dan penyembahan nenek moyang.
PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT CINA
a) TAHUN BARU CINA
* merupakan perayaan yang paling penting bagi masyarakat cina..
b) PERAYAAN CHAP GOH MEH
* Disambut selepas 15 hari selepas sambutan tahun baru cina. Chap goh meh disambut dengan
mengadakan upacara sembahyang dan membakar colok besar . selain itu upacara sembahyang juga diadakan.
(contoh video perayaan Cap Go Meh di singkawang 2013)
(contoh video perayaan Cap Go Meh di singkawang 2013)
c) PESTA TANGLUNG
* Pesta tanglung atau yuanxiao jie merupakan perayaan tradisional masyarakat Cina yang
dirayakan pada hari ke 15 iaitu 14 hari selepas sambutan tahun baru cina, perayaan ini telah
dimulakan pada zama dihasti Hang.
d) CHING MING
*merupakan perayaan atau sambutan yang dikenali sebagai "Ancestor Memorial".Ching Ming
disambut pada bulan April atau keempat dan merupakan perayaan untuk memperingati orang
yang telah meninggal dunia.
e) CHUNG
* Merupakan perayaan bagi mengingati seorang tokoh yang terkenal dalam masyarakat cina pada
suatu ketika dulu yang bernama Quwuan. Beliau seorang tokoh politik dan seorang penyair yang
cintakan tanah airnya. Beliau banyak mengkritik kerajaan . Tindakan Quwuan yang banyak
mengkritik pemerintah tersebut menyebabkan beliau telah dibuang ke sungai. semasa menyambut
perayaan tersebut masyarakat cina menghanyutkan dumpling iaitu beras pulut ke sungai untuk
mengelakkan ikan memakan bangkai Quwuan .
8.2.3- AGAMA HINDU
Agama Hindu biasanya dikaitkan dengan masyarakat India kerana kebanyakan masyarakat di Malaysia adalah beragama hindu dan hanya segelintir yang beragama islam, kristian,dan buddha. Agama hindu dari segi sejarah berasal dari negara India.
PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT INDIA
a) HARI DEEPAVALI
*Ia disambut pada hari ke 14 pada bulan Aipasidalam kalendar Tamil. Antara kepentingan
kepentingan perayaan ini adalah untuk meraikan kemenangan terhadap kejahatan dan kegelapan
rohani. Pada hari deepavali mereka menghias rumah mereka dengan meletakkan pelita serta
bermain mercun dan mengagihkan manisan dan hadiah.
b) THAIPUSAM
*disambut sempena bagi menghormati dewa Murugan. Hari thaipusam adalah hari nazar
masyarakat Hindu dan menebus dosa yang selama ini mereka lakukan.Oleh itu kaum hindu
melakukan solat hajat kepada dewa murugan.semasa perayaan ini masyarakat hindu membawa
susu, mencukur rambut dan kavadi .
c) TAHUN BARU INDIA
* Disambut pada 14 April dan ia merupakan tahun baru bagi orang india. Pada pagi hari tersebut
orang india akan melakukan mandian minyak dan setelah itu mereka akan ke kuil untuk
bersembahyang. mereka turut meminta maaf kepada ibubapa pada hari tersebut.
d) PERAYAAN MENYAMBUT DEWA
* Disambut pada bulan April dan Oktober. Pada bulan April dua orang dewa , iaitu
panguniutharam dan dewa murugan , manakala pada bulan oktober mereka meraikan dewa
gajah yang dinamakan dewa Vinaragar.
e) PONGGAL
* Ada 3 hari penting dalam " pesta ponggal" iaitu hari pertama ponggal(pesta menuai) . hari
kedua dipanggil mattuponggal (untuk orang yang ada lembu). dan hari ketiga kenali sebangai
kanni ponggal (untuk anak dara).pesta ponggal merupakan satu pesta yang mana masyarakat
india akan memasak nasi bersama susu dalam periuk belanga.
(contoh video sambutan perayaan hari Thaipusam 2012)
No comments:
Post a Comment